Saturday, 16 November 2013

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

TEKNOLOGI DALAM SUKAN 


PAKAIAN RENANG
Kelebihan yang terdapat pada baju renang ini ialah ia dapat membantu seseorang atlit lebih laju dari kelajuan asal atlit itu sendiri sebanyak 2 % . Kebanyakkan atlit telah disarankan menggunakan baju renang ini. Ia juga telah mendapat pengesahan dari badan renang dunia yang membenarkan para atlit menggunakan baju ini pada Sukan berkenaan.
Pakaian ini juga menggunakan polimer sintetik yang mana ia disebut membrane poliuretena yang mana pilimer ini telah berjaya mengurangkan daya geseran atau heretan sebanyak 24 %. Pakaian ini juga tidak menggunakan sebarang jahitan benang sebaliknya menggunakan teknik kimpalan ultransonik untuk menambahkan lagi pengurangan daya geseran dalam air. Pada pakaian ini juga terdapat satu bahan penstabil yang baru dicipta yang dapat memberi keseimbangan yang amat baik kepada perenang sepanjang berenang dalam perlumbaan.






                                    POWER YOGA  
Alat inovasi terbaru dari Korea ini dapat membantu melatih gerakan YOGA .

      Kelebihannya : 
      1) Kesihatan & kesegaran tubuh, dengan bentuk yang sangat elegan untuk releksasi & pembentukan
      2) Alat ini berfungsi untuk memperbaiki punggung bahagian belakang, otot perut, posisi keseimbangan tubuh agar lebih tegap ( mantap) dan dapat meninggikan badan.
      3) Sesuai digunakan oleh berbagai usia tua mahupun muda serta mudah dalam pengunaannya , praktikal alat ini sangat digemari oleh para penggunanya.






BOLA SEPAK PINTAR
Teknologi pintar yang telah diimplimentasikan dalam penghasilan Teamgeist II adalah penggunaan lapangan. Penggunaan magnetic field yang telah gunakan dalam penghasilan teknologi ini telah membolehkan membantu memberi maklumbalas pada masa yang telah kepada centrel Komputer. Central Komputer ini merupakan satu teknologi yang dapat mengesan kedudukan sebenar bola diatas padang dan menghantar terus kepada pengadil tentang sepakan atau kedudukan bola di dalam padang. Dengan penggunaan lapangan magnetik serta bahan buatan bola sepak yang lebih stabil dan tahan lasak. Sistem ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor dalam permainan, cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.



                                                  GUARD
Dalam bola sepak, Diving tergolong dalam permainan bagi pemain yang licik. Setiap permainan yang menjadi satu pelanggaran khususnya di bahagian bawah betis kaki akan menyebabkan pemain boleh mengalami kecederaan. Oleh yang demikian, satu teknologi telah dicipta untuk mengelakkan berlakunya sesuatu pelanggaran yang membolehkan pihak lawan mendapat penalti percuma.Teknologi ini tidak banyak digunakan di kalangan pemain hanya segelintir sahaja yang menggunakan teknologi ini. Hal ini kerana teknologi ini tidak berapa mendapat sambutan di kalangan pemain. Ini kerana alat ini merupakan satu teknologi yang tidak adil dan tidak mendapat persetujuan ramai.
Teknologi ini diletakkan diantara tumit dan mata kaki yang mana ia tidak mengganggu pemain ketika beraksi. Penggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan ketika beraksi. Selain itu, alat kecil ini juga dapat mengesan diving atau kelicikan pemain pihak lawan ketika bermain. ini akan menjadikan pemain yang memakai alat kecil ini akan mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.




          

                                          KANGGO JUMPS
Kanggo Jumps, iaitu suatu alat yang digunakan dalam sesi “fitness” untuk melakukan senaman. Terdapat juga banyak gajet-gajet tambahan yang mendukung alat ini. Ianya sangat mudah digunakan selagi menggunakan dengan teknik yang betul. Ia bergantung kepada peringkat umur dan keperluan orang yang memakainya. Ia telah dipasarkan di negara pengeluar, Amerika Syarikat pada tahun 2009 dengan harganya di antara $179-250. Mengikut kajian Dr. Morton Walker and Albert E. Carter, terdapat 33 kebaikan dari segi kesihatan dan psikologi seperti berikut:

·         Ia memperkenalkan penambahan pembaikan tisu,
·         Ia menyediakan G-force bertambah (beban graviti), yang menguatkan sistem rangka otot.
·         Ia melindungi sendi-sendi dari keletihan kronik.
·         Ia membantu menguruskan komposisi badan dan meningkatkan otot untuk nisbah gemuk.
·         Dari segi psikologi, ia menyeronokkan! Berupaya bekerja lebih panjang, tidur lebih baik, dan berasa kurang tegang dan gementar.

       Walaupun ia dilihat sebagai satu inovasi dari segi kesihatan dan juga alat untuk bersenam, tetapi terdapat satu aspek yang menarik perhatian penulis dalam penciptaan alat ini, iaitu ia juga telah digunakan untuk membuat set tarian yang pelbagai. Oleh itu, 2 dalam 1 – badan sihat, menari pun pandai. Ia lebih menarik jika membuat tarian yang unik dengan jumlah orang yang lebih ramai.





                                          INSTANT REPLAY
Kebanyakan sukan professional di Amerika Syarikat telah lama menggunakan ulangan segera atau “instant replay” dan bantuan teknologi tinggi yang lain untuk membantu pengadil membuat panggilan atau keputusan yang betul. Sistem ulangan video telah digunakan di padang hijau untuk memeriksa panggilan pengadil selama bertahun-tahun. Contohnya, ia amat penting bagi penggunaan bantuan berteknologi tinggi untuk memutuskan keputusan off-side, sama ada bola melepasi garisan gol dan menjelaskan keputusan penalti dalam sukan bola sepak.


    
MESIN BULU TANGKIS
Pembangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk latihan pukulan smash dalam sukan badminton yang memberi fokus terhadap pembangunan rekabentuk dan bahan. selain itu, untuk mengenalpasti keperluan pemain dan jurulatih terhadap mesin pelancar, mengenalpasti rekabentuk untuk dibangunkan, mengenalpasti ciri bahan yang diperlukan oleh pemain serta jurulatih dan membangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk digunakan oleh pemain dan jurulatih dalam latihan badminton di IPTA.
Rekabentuk mesin untuk dibangunkan ini stabil, ringkas, menarik, kebolehlarasan ketinggian, mudah disimpan dan dibawa serta memenuhi konsep mesin pelancar. Bahan yang digunakan pada mesin pelancar perlu ringan, tahan lasak, boleh dikitar semula, tidak berkilat, lutsinar untuk bahagian badan dan tabung feeder, tidak berkarat pada bahagian tiang sokongan dan tahan hentaman untuk memukul bulu tangkis. Mesin dihasilkan mengunakan bahan akrilik pada bahagian badan dan tabung feeder, polietilina pada komponen mekanikal pelancar dan feeder, plastic pada pelindung mekanikal dan mengunakan tripod stand daripada keluli sabagai tiang sokongan. Seterusnya dapat membantu tugas jurulatih dalam menambahbaikkan srategi latihan serta memudahkan pemain berlatih untuk meningkatkan kemahiran badminton dengan lebih sempurna dan sekali gus memberi pekembangan positif terhadap industri sukan badminton negara.




                                     ALAT PENGESAN TUMBUKAN 
     Teknologi adalah berasaskan kepada platform penderia kita dan mengintegrasikan rangkaian sensor kepada atlet badan dan tangan. Sistem ini boleh digunakan untuk mengurangkan keperluan untuk pertandingan serta menyediakan kaedah yang boleh dipercayai menentukan keputusan perlawanan. Manfaat lain yang dipersembahkan di sini termasuklah keupayaan untuk menganalisis prestasi atlet selepas perlawanan atau sesi latihan seperti menilai keberkesanan latihan dan kesan latihan.


 


                       CHRIS BOARDMAN INTELLIGENT BIKE 
Basikal ini mempunyai motor dan digunakan melalui tenaga solar. Ia mempunyai finger scanner untuk mengenalpasti pemiliknya dan mengelakkan kecurian. Basikal ini tidak akan bergerak selagi finger scanner tidak dilakukan. Terdapat juga peranti komputer yang menunjukkkan kelajuan, kalori yang terbakar dan juga lokasi. 



                                          PELINDUNG BADAN 
Alat ini digunakan untuk mengesan tumbukan dan sepakan atlet semasa pertandingan. Alat ini juga menggunakan sistem tanpa wayar yang berkos rendah, mesra pengguna dan diperlukan untuk memastikan ketepatan keputusan pertandingan. Jurulatih juga dapat menilai sejauh mana kekuatan atlet.

2 comments:

  1. Teknologi Sukan yang bagus.. Blog yang bagus,membekalkan maklumat tentang teknologi sukan yang digunakan pada masa kini di pentas sukan Antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. terbaik lah epul. menarik! hurai bagus. mudah untuk faham. teruskan!!! saya bagi empat **** !

    ReplyDelete