GGGE2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KUMPULAN 4
PENGGUNAAN
ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH SUKAN NEGERI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN ( TATAR )
DISEDIAKAN
UNTUK
MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
DISEDIAKAN OLEH
MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT HANAFI (A142205)
MUHAMMAD FITRI ZAAIM BIN AMRAN (A142585)
MUHAMMAD RIJAL FITRI BIN YUSOFF (A142582)
MOHD SAIFUL BIN JOHARE (A141436)
FAIZ BIN MOHD BANDONG (A142583)
PENDAHULUAN
Pembangunan peradaban manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi
maklumat dan juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat dan
komunikasi ( ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT,
auranya sudah dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke
peringkat globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan
penggunaan ICT dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan.Dalam usaha
merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah
diperluaskan bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan
kebolehan
pelajar digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan penggunaan
ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada proses
mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai
dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran dan
pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia
dapat digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan
teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan
semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji,
Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai
untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa
pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran
yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media
tertentu sahaja.
Holmes (1999),
memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru
yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran
harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut
Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan
teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu
mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang
baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Apabila merujuk kepada
penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna
dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut
tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah
masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu tegaskan bahawa ICT
yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat
berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan
Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh
teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996,
m.s 145).Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang
dapat membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran. Berbagai-bagai
kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem,
multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga
pernah mengatakan bahawa “Pelbagai perisian yang digunakan mampu
menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman
bermakna,meningkatkan kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti
Sains dan Matematik.
Masa kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari
laman sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan
sebagainya. Fenomena
seperti ini sudah
menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007).
Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para guru
atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar menggunakan manfaat
ICT ke arah penggunaan yang betul dan seterusnya memberikan impak positif
kepada diri pelajar tersebut. .
•
Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah
untuk :
•
Mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT.
•
Mengenalpasti tahap penggunaan komputer
dalam kalangan pelajar.
•
Mengkaji sejauh mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
•
Menilai pemahaman dan pengetahuan ICT pelajar SMK TATAR.
•
Persoalan kajian
•
Sejauh manakah pengetahuan pelajar SMK TATAR tentang ICT?
•
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
•
Adakah pihak sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
•
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang ICT?
•
Metodologi kajian
5.1 Pensampelan
Sampel
kajian merupakan pelajar Sekolah Sukan Negeri dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Cara
pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa
atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.
5.2 Instrumen kajian
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal
selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu
bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai
latar belakang responden, bahagian B mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR
terhadap ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap pendedahan ICT di
sekolah kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai tentang pengetahuan ICT pelajar SMK TATAR.
5.2.1 Bahagian A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
•
Jantina
•
Umur
•
Kaum
•
Bidang sukan yang diceburi
5.2.2 Bahagian B –
( Persepsi Pelajar SMK TATAR Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada
mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan
Tidak.
•
Adakah anda tahu tentang ICT?
•
Adakah anda mempunyai facebook?
•
Pernahkah anda mencari maklumat dengan mengunakan kemudahan ict ?
•
Adakah anda merasakan kelas ict penting kepada seseorang pelajar?
•
Pernahkah anda menggunakan youtube sebagai pembelajaran sukan yang
anda ceburi?
•
Adakah kelas ICT memberi pengetahuan yang luas dalam bidang sukan
kepada anda?
•
Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas
ICT?
•
Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?
5.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT
Di Sekolah Kepada Pelajar )
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah
dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya. Jawapan yang diberikan ialah
Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
•
Pelajar didedahkan tentang ICT di sekolah
•
Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
•
Pihak sekolah sangat menitikberatkan penggunaan ICT di kalangan
pelajar untuk mengakses maklumat
•
Kelas ICT dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar dan guru sangat
menitikberatkan matapelajaran ICT
•
Guru selalu memberi latihan tentang ICT
•
Pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan
komputer
5.2.4 Bahagian D –
( Penilaian Terhadap Pengetahuan ICT Pelajar SMK TATAR )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar
tentang pengetahuan ICT mereka. Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak
sahaja.
•
Betulkah dengan menggunakan movie maker untuk mengeditkan video yang
lebih animasi.
•
Elemen untuk video adalah ,picture,audio,animasi.
•
Pendriver adalah output bagi data yang ingin simpan
•
Speaker adalah input bagi data.
•
Motherboard adalah perisian komputer.
•
Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format
Bullets.
•
Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk
mematikan komputer.
6.0 Reka bentuk
kajian
6.1 Kaedah Kuantitatif
Reka bentuk
kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif
merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih
bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah
"kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti
merujuk kepada bilangan yang dinyatakan dengan tepat.
Penyelidikan
kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan
kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana penyelidikan dilakukan melalui
kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian
statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam
bentuk hipotesis
Kaedah ini
mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data yang dikaji senang
diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan yang
dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih
tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.
Dalam
kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil pengumpulan borang
soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod, dianalisis, dan
disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor analisis dan
kaedah statistik asas.
Objektif
kajian
|
Persoalan
kajian
|
Item
soalan selidik/ temu bual
|
Kaedah
analisis data
|
Dapatan
kajian
|
Objektif
1
|
Persoalan
kajian1
|
|||
.
Mengetahui
pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT.
|
Sejauh manakah
pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT?
|
Bahagian B
( soalan 1 - 8)
|
SPSS
|
Ya = 112
Tidak = 128
|
Objektif
2
|
Persoalan
Kajian 2
|
|||
Mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar.
|
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
|
Bahagian C ( soalan 1 – 6 )
|
SPSS
|
Sangat tidak
setuju =
Tidak setuju = 15
Tidak pasti = 15
Setuju = 113
Sangat
setuju = 37
|
Objektif kajian 3
Mengkaji sejauh
mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
|
Persoalan kajian 3
Adakah pihak
sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
|
Bahagian D
( soalan 1 – 6 )
|
SPSS
|
Ya = 104
Tidak = 76
|
•
Rumusan
Elemen Dalam Model Saale
|
Komponen
|
Dapatan Kajian
|
Adaptasi persekitaran
|
Sosioemosi –
Sikap pelajar
|
Sikap pelajar tentang penggunaan ICT
adalah pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang penting
pada masa kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet
secara langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar
mempunyai persepsi bahawa sesorang atlet mampu memperoleh banyak matlumat
tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam aspek
kecergasan, pemakanan atlit dan sebagainya. Pelajar juga berpendapat bahawa
kekurangan pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah
ketinggalan zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam
industry sukan pada masa kini. Pelajar
sangat bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka
minda mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka
sedar bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di
sekolah yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka
seterusnya dapat membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar
juga mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di
sekolah agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang
ICT ini.
|
Sosioemosi – Kemahiran sosial rakan
sebaya
|
Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai
seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun
begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat
mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah
membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada
perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil
daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat
input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.
|
|
Sosioemosi – Kemahiran sosial di
sekolah
|
Pelajar mengetahui subjek ICT melalui
guru kerana guru menekankan mengenai pembelajaran ICT dan guru ada
menceritakan kepentingan ICT kepada pelajar semasa waktu pembelajaran dan
pengajaran. Guru juga ada memberikan tugasan mengenai ICT dan pelajar mendapat
input hasil daripada tugasan tersebut.
|
|
Adaptasi Pengajaran
|
Kandungan
|
Pihak sekolah ada mendedahkan maklumat
mengenai ICT kepada pelajar dan pihak sekolah juga ada mengetengahkan
kepentingan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar.
|
Media
|
Pelajar tidak pasti sama ada subjek ICT
penting untuk mencari ilmu berkenaan dengan sukan yang mereka ceburi. Namun
begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan maklumat mengenai ICT dalam
sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan pelajar mendapat input yang
lebih mengenai ICT dalam sukan.
|
|
Adaptasi Penilaian
|
Penilaian
|
Pelajar terdedah kepada pengetahuan isu
ICT kerana pihak sekolah mengadakan program yang berkaitan dengan ICT di
sekolah dan program tersebut dapat menarik minat pelajar. Hasil daripada
program-program yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut, pelajar mendapat
input yang berguna dan pelajar akan terus menyokong penuh terhadap setiap
program yang diadakan di sekolah
terutama sekali mengenai cara penggunaan ICT dengan betul.
|
Referensi
4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengatur_cara
5) Hamsiah Mohd Dahalan & Raja Maznah Raja Hussain. 2010.
Development of Web-Based Assessment in Teaching and Learning Management System
(e-ATLMS). Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 244-248. (ISI-Cited
Publication)
6) Ng Huey Zher & Raja Maznah Raja Hussain, 2009. Empowering Learners as the
Owners of Feedback while YouTube-ing. Interactive Technology and Smart
Education, 6(4: 274-285.
7) Hamsiah Mohd Dahalan & Raja Maznah Raja Hussain (2011). Sistem
Pengurusan Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web (e-SP4),
Journal of Educational Research (Special Edition), 53-65.
8) Raja Maznah Raja Hussain (2005). Teori dan Konsep Teknologi Pengajaran: Isu dan
Cabaran (Theory and Concepts of Instructional Technology: Issues and
Challenge). In Siow, H. L. et al. (Eds) Pedagogi Merentas Kurikulum, Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 3-9
9) Mahzan Arshad, John Arul Phillips, Fatimah Hashim, Raja Maznah Raja Hussain,
Saratha Sithamparam, Shabeshan Rengasany, Sat Md Yassin and Khairuddin MdTaib,
(2002). Kemahiran Berfikir dan Komunikasi, dalam Modul Pembelajaran Berasaskan
Masalah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya: KL
10) Fong, S.F., Raja Maznah Raja Hussain, Rozhan Idrus, Shekaran, C. & Chong,
O. (2008). The 1:1 Classmate PC (CMPC) in Malaysian Primary Schools. The
International Journal of Excellence in e-Learning, Volume 1, Issue 1.
11) Raja Maznah Raja Hussain (2003). Instructional Design Experience
for Web-based Learning. Jurnal Pendidikan (Journal of Educational Research).
22. 219 230. ISSN0126-5261
